Sunday, June 25, 2017

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2017

Assalammualaikum wbt, di hari yang mulia ini Kereta Sewa Chempaka ingin mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri buat semua pelanggan-pelanggan yang pernah atau sedang menyewa kereta-kereta kami. Semoga selamat tiba ke destinasi yang dituju dan Selamat Hari Raya ~~~

Kami mewakili Klezcar ingin memohon maaf jika ada mana-mana pelanggan yang pernah terasa hati sepanjang berurusan dengan kami. Insyaallah, kami akan sentiasa cuba untuk memberi servis yang terbaik untuk semua lepas ni. Sempena Hari Raya ini, mohon dimaafkan Zahir & Batin. :)

*** Kereta Sewa Chempaka ::: 019-794 4747 ***

Tempah online www.klezcar.com | Call Hotline 1300-88-4040 (24 jam)

Thursday, May 25, 2017

Jenis 4WD dan 2WD, Ada yang Sama Tapi Tidak Serupa

DALAM artikel lalu kita sudah tahu sedikit sebanyak tentang 4WD dan 2WD. Secara ringkasnya, 4WD merujuk kepada kenderaan yang dipacu empat tayar, di mana jenis AWD (pacuan semua roda) turut termasuk dalam kelompok 4WD. Sebaliknya, 2WD pula ialah kenderaan yang menggunakan sistem pacuan dua roda, sama ada dua roda depan atau dua roda belakang.
Dalam artikel kali ini, kita akan memecahkan pula kategori 4WD. Asasnya, apabila sesebuah kenderaan 4WD itu bergerak dalam mod empat tayar, kuasa enjin disalurkan kepada gandar depan dan belakang secara serentak (sinkronais) supaya supaya sekurang-kurangnya satu tayar di setiap gandar (satu gandar = dua roda) dapat bergerak menggunakan kuasa enjin dengan cekap.
Sekarang kita akan memperincikan pecahan 2WD dan 4WD:

2WD

i. 4x2 (four-by-two)
Jika anda berada dalam kenderaan 4x2, anda sebenarnya boleh beraksi seperti 4x4 dengan menekan pedal brek dengan lembut untuk memperlahankan roda yang berpusing dan menyalurkan tenaga kepada roda untuk mendapatkan traksi.
ii. 4x2 (2WD)
Kenderaan ini ialah jenis pacuan 2-roda (2WD) dengan empat roda (atau tayar). 4x2 bagi 2WD bermaksud kenderaan itu ada total 4 roda, tetapi dipacu dengan 2 roda. Dua roda pacuan itu pula boleh jadi sama ada depan atau belakang, tetapi kebiasaannya belakang. ATV Sport ialah contoh kenderaan 4x2.

4WD

i. 4x4 (4WD)
Kenderaan ini ialah jenis pacuan 4-roda (4WD). 4x4 bagi 4WD bermaksud kenderaan itu ada total 4 roda dan 4 roda juga yang dipacu. Kuad utiliti (utility quad) atau ATV ialah contoh kenderaan yang menggunakan sistem pacuan 4x4.
 ii. 4WD Separuh Masa (Part-Time 4WD)
Ini ialah jenis kenderaan pacuan 4-roda yang hanya berfungsi apabila diaktifkan. Kuasa enjin akan disalurkan kepada semua roda dengan menggerak serentak (sinkronais) gandar depan dan belakang menerusi satu tuas atau punat anjakan (shift lever). 4WD Separuh Masa kebiasaannya menawarkan fungsi dua julat kelajuan, iaitu Hi (tinggi) dan Lo (rendah).
4WD Hi (juga dipanggil 'Hi Range') dalam sistem ini tidak boleh digunakan atas permukaan kering. Begitu juga 4WD Lo (juga dipanggil 'Low Range'), tetapi fungsi ini digunakan untuk kondisi jalan paling ekstrem. Ciri ini tidak memberikan banyak traksi, tetapi mampu menjana tiga kali ganda tork bagi separuh atau suku kelajaun dalam julat ringgi.
Antara komponen utama dalam sistem 4WD Separuh Masa ialah kotak pindahan (transfer case), dua syaf pacu (drive shaft), dua gandar diferensial dan dua gandar dikuasakan. Bagaimanapun, sistem ini tiada diferensial tengah (centre differential).
Bagaimanapun sistem 4WD Separuh Masa perlu menggunakan mod 2WD apabila memandu atas jalan biasa yang normal dan berturap, bersimen atau permukaan keras. Ini kerana sistem ini direka untuk berdepan situasi tertentu sahaja yang memerlukan traksi tambahan seperti mendaki cerun atau menyeberang jeram. Trak pikap ialah antara kenderaan tipikal dengan sistem 4WD Separuh Masa seperti Nissan Navara, Toyota Hilux dan Ford Ranger.
iii. 4WD Sepenuh Masa (Full-Time 4WD)

Kenali Jenis 4WD dan 2WD, Ada yang Sama Tapi Tidak Serupa

Ini ialah kenderaan jenis sistem pacuan 4-roda (4WD) yang boleh digunakan sepanjang masa atas semua permukaan (juga dipanggil 4WD tetap - permanent 4WD). Sistem 4WD Sepenuh Masa tiada mod 2WD seperti yang ada pada 4WD Separuh Masa.
Pemandu 4WD Sepenuh Masa boleh memilih menghasilkan 25 peratus daripada tork sedia ada di atas permukaan yang sama rata. Pemandu juga boleh memilih mod 4-high - 4H (tetapan harian) atau 4-low - 4L.
Kenderaan 4WD Sepenuh Masa mampu bekerja dengan baik atas permukaan normal dan off-road. Apabila menggunakan mod 4L, roda akan menghasilkan lebih tork berbanding 4H, tetapi pada masa sama bergerak dalam kelajuan perlahan.
Sebagai makluman, 4L tidak menghasilkan banyak traksi, sebaliknya menggandakan tork pada kelajuan perlahan. Fungsi ini penting untuk menggerakkan kenderaan yang berisiko terkandas akibat kondisi jalan teruk seperti ais, pasir, kerikil atau selut.
iv. 4WD Automatik (A4WD)
Ini ialah jenis kenderaan yang akan mengaktifkan ciri pacuan 4-roda (4WD) secara automatik apabila diperlukan. Juga dipanggil 'Real Time 4WD', 'intelligent AWD' atau 'active AWD' . Sistem ini tidak terus menggerakkan keempat-empat tayar sepanjang masa, cuma dalam situasi tertentu. Kadangkala ada yang tersilap menyamakan sistem ini dengan 4WD Separuh Masa.
Dalam pemanduan normal, sistem 4WD Automatik akan bergerak dalam 2WD. Sebaik saja traksi hilang pada salah satu gandar (depan atau belakang), sistem secara automatik akan menjana tork kepada gandar satu lagi. Maknanya, anda memandu 2WD dan apabila satu gandar kehilangan traksi, maka gandar lain dikunci automatik bagi mengekalkan kestabilan dan gerakan pemanduan.
Kemudian, apabila kondisi jalan menjadi normal semula, sistem akan bertukar kembali kepada mod 2WD secara automatik. Kenderaan elektrik (EV) Polaris Ranger Electric memilih 4WD Automatik sebagai sistem pacuan.
v. Shift-on-the-Fly 4WD
Kenderaan Shift-on-the-Fly 4WD menawarkan opsyen kepada pemandu untuk bertukar fungsi 2WD kepada 4WD Hi secara manual tanpa perlu terlebih dahulu menghentikan kenderaan. Bagaimanapun, sistem ini ada had kelajuan tertentu sebelum fungsi pacuan dapat diaktifkan dengan purata kelajuan di bawah 96.5kmj.
Kenderaan off-road yang menggunakan aktuator elektronik (seperti punat tekan vs tuil gear), hanya boleh bertukar kepada 4WD-Hi dalam kelajuan tertentu. Jika menekan punat secara paksa, anda sama sekali tidak akan mengaktifkan operasi 4WD.
Sementara itu, kenderaan dengan tuil anjakan mungkin tidak tahu mereka sedang memandu terlalu laju untuk bertukar kepada 4WD Hi, di mana cara seperti ini sebenarnya berisiko menyebabkan kerosakan. Sila baca manual pengguna jika kereta anda menggunakan sistem Fly 4WD.
vi. AWD (Pacuan Semua-Roda)
Kenderan 4WD jenis pacuan semua roda (AWD) bekerja dengan menyakurkan tenaga enjin kepada keempat-empat tayar secara serentak. Setiap proses saluran tenaga ada nisbah hantaran kuasa depan-ke-belakang berbeza. Kenderaan AWD tiada ciri julat kelajuan - High dan Low - seperti 4WD Sepenuh Masa atau 4WD Separuh Masa disediakan. AWD juga tiada fungsi 2WD seperti 4WD Separuh Masa.
Walaupun konfigurasi AWD dan 4WD Sepenuh Masa nampak serupa, tetapi perbezaan ketara antara kedua-dua sistem pacuan tersebut ialah AWD kurang lasak dan praktikal dipandu dalam situasi jalan off-road kerana tiada tetapan '4 low'. Persamaannya pula,  kenderaan AWD boleh digunakan atas semua permukaan berturap normal atau sederhana ekstrem. Dan mampu dipandu lebih baik berbanding 2WD di atas jalan basah, berlumpur atau berais.
Antara tipikal kenderaan AWD adalah jenis kenderaan utiliti sukan (SUV) seperti Honda CR-V, Kia Sportage dan Subaru XV. Ini termasuk kereta prestasi tinggi atau jentera rali seperti Volkswagen Golf R, Ford Focus RS.
SUMBER: Thoughtco.com | 4x4abc

Wednesday, April 12, 2017

Tips Untuk Membuat Aicond Kereta Menjadi Sejuk

>>TIPS UNTUK MEMBUAT AIRCOND KERETA MENJADI SEJUK<<

\
Assalamualaikum dan Selamat Petang ,

Aircond kereta anda ada buat hal?? Sekejap sejuk, sekejap tak.. 
Jom belajar D.I.Y untuk sejukkan aircond kereta di sini !

Menurut sumber, Seri Kehidupan Abadi, kos D.I.Y ini tak cecah RM50 pun. 
Jadi tak perlulah lagi ke bengkel kalau kita boleh betulkan sendiri kan? 

Lebih mudah dan lebih jimat!

===============================================

Apa yang diperlukan? 

1. Foam Pipe             
2. Aluminium foil tape
3. Cable Ties             
4. Pisau @ Gunting   

Jom kita mulakan !
Balut semua dari paip bawah sampai ke hujung.

Kalau tak tahu yang mana salur paip aircond. Buka aircond kereta anda kemudian tunggu beberapa minit dan kemudian matikan enjin. 

Lihat pada salur yang sedikit basah dan cuba sentuh jika ia sejuk. 
Itulah salur aircond kereta anda. 

Selamat Mencuba ! 

Sumber | Kredit : Facebook Seri Kehidupan Abad

***

Kereta Sewa Chempaka
019-794 4747

Tempahan www.klezcar.com | 1300-88-4040 (24 jam)

Tuesday, February 28, 2017

Raja Salman, siapa dia?

Raja Salman naik takhta selepas mangkat Raja Abdullah. Kita lihat apa yang telah dilakukan oleh Raja Salman dari Arab Saudi.

1. Raja Salman menaikkan gaji  dua kali ganda kepada rakyatnya.

2. Jeneral dan pegawai kerajaan yang melakukan maksiat dan tidak bersih dipecat.

3. Menyuruh seluruh rakyatnya menjaga solat 5 waktu. Contoh dilakukan ketika Barrack Obama datang melawat, Raja Salaman meninggalkan Barrack Obama dan isteri, Baginda bersama-sama pegawai menunaikan solat.

4. Membebaskan seluruh tawanan-tawanan khususnya Ulama-ulama yang setia dengan dakwah sunnah. Mujahidin-mujahidin juga dibebaskan.

5. Menteri Agama yang dipecat semasa zaman pemerintahan Raja Abdullah, dikembalikan kuasa. Menteri Agama ini dipecat sebelum ini kerana lantang mengkritik pemerintahan yang tida mengikut ajaran Islam sebenar.

6. Memutuskan bantuan kepada Jeneral Al-Sisi kerana melakukan kudeta kepada Presiden Morsi. Sebelum ini Raja Abdullah adalah penyumbang dana kepada Al-Sisi.

Kereta Sewa Chempaka

Monday, February 27, 2017

Teknik Penjajaran Tayar Dari Rumah Sahaja

Assalamualaikum dan Selamat Petang!

Berikut adalah tips mudah melakukan penjajaran tayar (alignment) secara manual. Pastinya bermanfaat untuk anda dan dapat membantu mengurangkan kos sara hidup.
1) Pastikan steering tegak.
2) Ikatkan tali pada tayar belakang dan tarik ke bahagian tayar hadapan (mulakan dari sisi kiri kereta)
Perhatikan bahagian tayar yg terkena tali dahulu..
3) Jika tali jejak pada tayar bahagian C tetapi tidak jejak pada tayar bahagian D, lakukan pekara yang sama pada bahagian sisi kanan kereta (berlawanan dari yg tadi)
4) Sekiranya tali anda jejak pada tayar bahagian D dahulu kemudian jejak bahagian C bermakna steering anda tidak betul2 tegak. 
5) Pusingkan steering anda ke kanan sedikit dan ukur lagi sehingga tali jejak pada tayar bahagian C dan D serentak atau hampir.
Toe In | Toe Out
6) Lakukan semula pada bahagian sisi kiri kereta untuk memeriksa Alignment anda TOE IN atau TOE OUT.
7) Jika tali jejak pada tayar Bahagian C terlebih dahulu, ini bermakna alignment anda TOE OUT.
8) Longgarkan nut bahagian A. Sekiranya TOE OUT pusingkan menggunakan spanar di bahagian B ikot arah pusingan jam. Sekiranya TOE IN ikot arah lawan pusingan jam.
9) Kemudian, lakukan ukuran menggunakan tali lagi sehingga Bahagian C dan D jejak serentak.

10) Akhir sekali, test drive di kawasan yg rata dan lurus.
Sumber : Mohd Ikram
-------------------------------------------------------------------------
Klezcar memberi jaminan setiap kereta sewa dari kami adalah bersih, wangi serta dipastikan penjajaran tayar yang selari.
Jika tidak, satu hari sewa secara PERCUMA layak dituntut oleh pelanggan.*Tertakluk kepada terma dan syarat

Kereta Sewa Chempaka
019-794 4747
Tempah online www.klezcar.com | hotline 1300 88 4040

Wednesday, February 22, 2017

Kereta Sewa Chempaka

Klezcar telah berjaya melangkah dan mengorak langkah lebih jauh kehadapan utk berbisnes secara serius...

75 cawangan dalam masa 4tahun, alhamdulillah kejayaan  rakan seperniagaaan dalam Klezcar.

Terima kasih tak terhingga pada individu yg terlibat secara langsung atau tidak langsung didalam menjayakan pengembangan Brand Klezcar.

Dapatkan perkembangan terkini tentang promosi yang dijalankan di Official Facebook kami " https://www.facebook.com/klezcarchempaka/ ''

Hubungi kami untuk tempahan kereta sebelum penuh..

Viva | Axia | Myvi | Bezza | | Alza | Exora 

✔ Kereta baru sesuai jalan jauh
✔ Support team dengan 75+ cawangan diseluruh Malaysia..

Cars For Everyone, Anytime & Anywhere..

Kereta Sewa Chempaka
019-794 4747 9pagi -11malam

Tempahan secara online 

Semak Harga

Pertanyaan - Hotline
1300 88 4040

*Kami menerima pembayaran secara online, cash dan debit/credit card.

Tuesday, February 21, 2017

Kereta Sewa Chempaka, Kelantan

Bagi yang mencari kereta sewa di Chempaka, Kelantan boleh terus ke pejabat kami di :

LOT286 JLN PANJI, KG CHEMPAKA 16100 KOTA BHARU KELANTAN.

Pelbagai jenis kenderaan kami sediakan untuk anda dan ia diselanggara mengikut jadual. Jadi, anda tidak perlu risau tentang kondisi kereta. Semua jenis kereta Klezcar menggunakan minyak enjin berkualiti iaitu Liquimoly untuk melindungi enjin supaya tahan lama dan berprestasi tinggi.

Kereta Sewa Chempaka
019-794 4747

Tempahan secara online 

Semak Harga

Pertanyaan - Hotline
1300 88 4040